Pengalaman saya







PLAIN COLOUR

RM43/PC(1 INSERT)

RM52/PC(2 INSERTS)

DYANACD YELLOW, PINK & LIGHT GREEN (button)

DYANACD RED & BLUE (velcro)


BERCORAK

RM45/PC (1 insert)

RM54/PC (2 inserts)

DYANACD TWEETY, MOO, LOVES, AEROSKY, MARBLES & WHALE

SELLING PRICE (OFFLINE)

1-RM47/PC 3-RM45/PC 6-RM43/PC (1 insert)

1-RM56/PC 3-RM54/PC 6-RM52/PC (2 inserts)


Mahal ker?...mari kite buat pengiraan…

3 CDs & insert

Plain colour (1 insert) = RM43 x 3 = RM129/3 thn

Plain colour (2 inserts) = RM52 x 3 = RM 156/3 thn

Bercorak (1 insert) = RM45 x 5 = RM135/3 thn

Bercorak (2 inserts) = RM54 x 3 = RM162/ 3 thn


6 set CDs& inserts

Plain colour (1 insert) = RM43 x 6 = RM258/3 thn

Plain colour (2 inserts) = RM52 x 6 = RM312/3 thn

Bercorak (1 insert) = RM45 x 6 = RM270/3 thn

Bercorak (2 inserts) = RM54 x 6 = RM324/3 thn

Masih JIMAT dari Ma&Pa belanjakan untuk disposable diaper selama 3 tahun

RM0.45 x 5 = Rm2.25 sehari x 365 hari x 3 tahun = RM2463.75

Ma&Pa masih jauh boleh berjimat even beli 9 set atau 12 set terus…


Glitter PhotosGlitter Photos

Glitter PhotosGlitter Photos

Ma&Pa boleh panggil saya mama Dyana...saya mama kepada 4 orang baby...semua masih kecil2 lagi...Hakimi 6 tahun, Nurul Iffah 4 tahun, Dzaquan 3 tahun dan Irfan 2 tahun...mempunyai anak yang ramai, blanja pun banyak...pakaian, susu, 'pampers', makanan tambahan, mainan dan bermacam lagi...saya percaya ada antara Ma&Pa menghadapi situasi seperti saya...blanja besar... paling ketara blanja untuk 'pampers' dan susu...

Susu kita masih boleh berjimat untuk 2 tahun pertama jika Mama2 dapat beri susu ibu yang tiada tandingan khasiatnya...ada tips untuk Mama2 yang bekerja atau kekurangan air susu, Mama2 boleh cuba minum air zam zam sambil berniat untuk menyusukan baby...insyaallah , banyakla air susu Mama2 semua... selain tu, Mama2 amalkan makanan yang berprotin : sayuran hijau dan kekacang dan lain2...Mama2 boleh guna breastpump untuk insult susu keluar... pelbagai jenama ada di pasaran...ada yang murah, ada yang mahal, ada yang berkesan dan ada yang tidak... saya sendiri pernah beli dalam 5 jenis breastpump... tapi, selepas melahirkan anak ke-4, saya beli breastpump jenama Avent... saya sangat puas hati kualiti dan keberkesanannya walaupun jenis manual... memang agak mahal tapi berbaloi!.

Susu baby Ma&Pa dah ada cara untuk berjimat, macam mana pula dengan 'pampers'?... 2 orang baby saya mesti pakai 'pampers'... sehari average 5 keping... sebulan sorang baby 2 packs diaposable diaper... 1 pack harga rm40... jadi 2 orang 4 packs dengan blanja rm160....pasti ada masa2 di mana baby2 Ma&Pa dapat sakit cirit-birit atau kerap poo... mungkin salah makan ker ataupun baby banyak makan...ada juga orang tua2 selalu kata kalau baby nak pandai jalan baby akan kerap poo... sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu...tapi perkara pentingnya, dalam situasi begini Ma&Pa dapat berjimat banyak dengan CDs...mungkin juga ada Ma&Pa yang affordable tapi tak salah berjimat kerana dah ada alternatif lain... lagi pun CDs ni semua cantik2 dari disposable diaper.. Penjagaan CDs nih tak la susah mana pun...semuanya bergantung pada kerajinan kita...kalau Ma&Pa malas saya tak boleh tolongla...yang penting bagi saya dan Ma&Pa di luar sana adalah anak...di samping nak berjimat, baby2 terhindar ruam lampin dan kesedaran untuk menjaga alam sekitar...even baby ke2 saya yang dah berumur 4 tahun lebih pun masih saya guna CD nih untuk tidur malam kerana dia masih lagi kadang-kadang pee...

Bercerita sket pasal cara cuci...saya hanya basuh tangan...setakat ini saya tak pernah berus pun malah saya jamin tak perlu berus selamanya...oleh kerana jenis kain CDs nih dibuat supaya poo tak melekat...kesan kuning poo baby2, saya hanya guna soda bikarbonat atau baking soda atau dipanggil serbuk penaik...murah dan berkesan...sukatannya lebih kurang 1/4 cawan untuk muatan penuh mesin basuh...so boleh agak kan sukatan untuk sebaldi rendaman(untuk cucian tangan)...bila baby poo, buangkan poo tuh dalam lubang tandas, basuh inserts dan CD dengan sabun biasa, baking soda, bilas, spin dan sedia untuk dijemur...dalam masa 2, 3 jam dah boleh guna semula...saya cadangkan seorang baby perlu ada 6 helai CDs sekurang2nya...mesti Ma&Pa tertanya2 juga bila nak 'travel'...sebenarnya tak ada juga masalah...saya dah 'fully' guna CDs nih...bila baby2 pee atau poo...buatla seperti di rumah juga...buang sisa poo dan simpan dalam 'plastic bag'/wet bag dulu...sampai rumah basuh, spin dan jemur...senang kan...





klik gambar untuk lihat jelas


Peluang share profit dengan DyanaClothDiaper


**kami akan masukkan nama Ma&Pa dalam senarai rakan niaga kami di webblog ini untuk mudahkan promosi Ma&Pa...untuk persaingan yang sihat sangat digalakkan melakukan promosi Ma&Pa sendiri...untung Ma&Pa juga yang dapat (offline & online)

Cepat!! share profit sebagai rakan niaga kami...Jangan lepaskan peluang!...

Pakej 1: Rakan Niaga Mini

  1. Jadilah rakan niaga mini kami dengan hanya membeli 12pcs CDs...... #untuk yang berminat boleh berhubung terus dengan kami - sertakan nama, alamat dan no tel.

Pakej 2: Main Rakan Niaga

  1. Rakan niaga main ini akan memperolehi keuntungan yang lebih besar ...bagi yang berminat segera berhubung terus dengan kami - sertakan nama, alamat dan no.tel.





0 comments: